Sunday, September 17, 2017

Pengenalan

Assalamualaikum wbt.

ArduAsia Aerospace Education komited untuk memberikan yang terbaik kepada komuniti yang berfokuskan pendidikan aeroangkasa secara terus. Untuk permulaan, ArduAsia Aerospace akan mengketengahkan penggunaan Drone, Kapal Terbang Kawalan Jauh, dan Simulator Kapal Terbang Kawalan Jauh kepada komuniti samada secara 'online' ataupun 'offline'. 


Demo penerbangan percuma semasa sesi penerangan dan pameran akan diadakan bergantung kepada cuaca dan keadaan sekitar yang selamat. Manakala Simulator Kapal Terbang kawalan jauh akan dibuka secara percuma kepada pengunjung yang hadir ke booth kami dan penerangan berkenaan penggunaan akan diterangkan secara bersistematik. Semoga dengan usaha sebegini akan dapat meningkatkan minat komuniti kepada aktiviti sains seterusnya meningkat kefahaman komuniti kepada Science, Technology, Engineering dan Mathematics.

ArduAsia Aerospace Education juga komited untuk menyampaikan perkongsian ilmu pemprograman dan penyediaan alatan alatan bantu pembelajaran yang memfokuskan sains dan matematik khususnya dalam bidang aeroangkasa.

Hubungi kami di arduasia@gmail.com atau whatsapp/hubungi 0194791185 untuk mendapatkan tips dan khidmat nasihat daripada kami terus berkenaan keperluan anda.

Terima kasih.

Wassalam.