Pengenalan

Assalamualaikum wbt.

ArduAsia Aerospace Education komited untuk memberikan yang terbaik kepada komuniti yang berfokuskan pendidikan aeroangkasa secara terus. Untuk permulaan, ArduAsia Aerospace akan mengketengahkan penggunaan Drone, Kapal Terbang Kawalan Jauh, dan Simulator Kapal Terbang Kawalan Jauh kepada komuniti samada secara 'online' ataupun 'offline'. 



Demo penerbangan percuma semasa sesi penerangan dan pameran akan diadakan bergantung kepada cuaca dan keadaan sekitar yang selamat. Manakala Simulator Kapal Terbang kawalan jauh akan dibuka secara percuma kepada pengunjung yang hadir ke booth kami dan penerangan berkenaan penggunaan akan diterangkan secara bersistematik. Semoga dengan usaha sebegini akan dapat meningkatkan minat komuniti kepada aktiviti sains seterusnya meningkat kefahaman komuniti kepada Science, Technology, Engineering dan Mathematics.

ArduAsia Aerospace Education juga komited untuk menyampaikan perkongsian ilmu pemprograman dan penyediaan alatan alatan bantu pembelajaran yang memfokuskan sains dan matematik khususnya dalam bidang aeroangkasa.

Hubungi kami di arduasia@gmail.com atau whatsapp/hubungi 0194791185 untuk mendapatkan tips dan khidmat nasihat daripada kami terus berkenaan keperluan anda.

Terima kasih.

Wassalam.

**
Penerangan berkenaan logo

ArduAsia

Perkataan ArduAsia adalah hasil dari gabungan Arduino dan Asia yang menandakan kemunculan branding ArduAsia pada Julai 2016. Pada permulaan, ArduAsia memulakan operasinya hasil dari minat Engr Zihad Mahmud dengan menjual peralatan Arduino Uno dan RC melalui laman blog di sini, www.arduasia.blogspot.com. Hasil daripada minat dan pengalaman, kini ArduAsia dikembangkan kepada ArduAsia Aerospace.

Aerospace 
Aerospace atau Aeroangkasa adalah satu bidang yang sememangnya diminati ramai.Dengan minat dan kesungguhan, kami di ArduAsia Aerospace, komited untuk memfokuskan Aeroangkasa sebagai satu platform yang unik dan dikembangkan kepada komuniti di sekitar kawasan kami.

Logo
Logo kapal terbang kertas ini digunakan untuk menandakan ArduAsia Aerospace bermula dengan kesungguhan untuk menyampaikan ilmu aerospace secara online dan offline berkenaan dengan kapal terbang kawalan jauh. Segala yang berkenaan dengan kapal terbang kawalan jauh, drone dan simulator akan diterangkan di dalam blog ini.

Merah
Warna merah adalah warna yang digunakan oleh ArduAsia semenjak kemunculannya di bidang RC. AirAsia adalah model yang menjadi teras kepada kemunculan arduasia di Semenanjung Malaysia.





No comments:

Post a Comment